SMK. Kuhara terletak di Jalan Kuhara. Sekolah ini berjiran dengan beberapa sekolah lain seperti SMK. St. Patrick, SJK (C) Yuk Chin dan SK St. Patrick. Terletak kira-kira 6 km dari pusat Bandar Tawau. Sekolah ini merupakan sekolah gred A di Tawau. Kini terdapat seramai 145 orang guru, 23 orang staf sokongan dan 2450 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam atas. Sekolah kini mempunyai sembilan buah blok bangunan yang menempatkan 64 buah bilik darjah, makmal-makmal serta bilik-bilik khas. Terdapat juga empat buah blok asrama yang boleh menampung 200 orang pelajar, surau, tiga buah kantin, Dewan Besar, Dewan Makan dan padang sekolah.
Semua Warga SMK Kuhara diminta membawa botol minyak 5 kg untuk merealisasikan projek " Taman Bunga Gantung " yang diperbuat daripada botol minyak yang terpanjang di Malaysia.