Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.