Projek Taman Bunga Gantung Terpanjang di Malaysia sedang dilakukan pada tahun ini, sasaran untuk masuk dalam Book Of Records mesti boleh!!!!SMK Kuhara Boleh!!!Bersama-samalah kita menyokong usaha murni ini.....

Sunday 21 October 2012

SMK KUHARA MENERIMA ANUGERAH WIRA SERASI (SEKOLAH MENENGAH) PERINGKAT NEGERI

Pada 13hb Oktober Majlis Anugerah Wira Serasi 2012 telah diadakan untuk penganugerahan wira serasi peringkat negeri di Kota Kinabalu, Sabah. Anugerah Wira Serasi akan mewakili pertandingan Lestari negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan. 


Dalam majlis tersebut, SMK Kuhara telah menerima anugerah Wira Serasi bahagian Sekolah Menengah peringkat negeri Sabah untuk meneruskan pertandingan ke peringkat kebangsaan nanti. Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menerima sebuah trofi, duit RM3,500.00, dan juga sijil penghargaan.


Syabas diucapkan kepada semua warga SMK Kuhara di atas anugerah tersebut. Semoga kita lebih bersedia dalam mewakili negeri Sabah untuk ke peringkat yang seterusnya.












Saturday 21 July 2012

PROJEK TAMAN GANTUNG - FASA 2


TELAH DIADAKAN DI PUSAT LESTARI ALAM SEKITAR SMK KUHARA PADA 31 MAC 2012.

Proses pemotongan botol minyak untuk dijadikan bekas bunga. Seterusnya proses memasukkan tanah dan penanaman bunga. Pihak yang terlibat ialah pengawas PASS, guru-guru dan juga pentadbir sekolah.

Seterusnya bekas bungan beserta bunga tersebut dipasangkan pencangkuk besi untuk digantung pada sekitar kawasan sekolah.






PROJEK TAMAN GANTUNG - FASA 1


MAJLIS INI TELAH DIADAKAN PADA 7 HB JANUARI 2012 DI DEWAN AL-FARABI, SMK KUHARA. 

Penyerahan botol-botol minyak ini merupakan simbolik daripada pelancaran Taman Gantung untuk memasuki Book of Records.






Tuesday 8 May 2012

INOVASI ALAM SEKITAR DARI KACA - POKOK KACA

USAHAKAN OLEH : EN ZULFAHMIE. 

KONSEP : BERKONSEPKAN POKOK HARAPAN

LOKASI : TAPAK SEMAIAN BANGUNAN INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS









NURSERI SEKOLAH

Nurseri SERASI dibina pada tahun 2009. Nurseri ini dipindahkan dari nursery lama yang terletak dibelakang bilik guru lama.

Nurseri ini dilengkapi dengan system penyiraman air automatik hasil inovasi alam sekitar yang menggunakan bekas air wudhuk dari surau dan diproses semula melalui kaedah penapisan batu karang sebagai ajen pembersihan.


Penjimatan air untuk tanaman anak-anak benih dapat dilakukan disamping tangki takungan air hujan daripada bumbung bilik wudhuk surau sekolah.


Nurseri ini dibawah kendalian Pengawas Alam Sekitar Sekolah dengan bantuan pekebun sekolah.





PESANAN ALAM SEKITAR SEKOLAH


Pesanan-pesanan alam sekitar telah dipasang di sekitar kawasan sekolah mengikut kesesuaian dan kreativiti. Antara kaedah pesanan alam sekitar ialah

· Prinsip-prinsip 8K
· Tema-tema SERASI
· Galakan Kitar Semula
· Verticel banner alam sekitar
· Binaan TLC
· Projek Sivik
· Papan kenyataan
· Pelabelan 












PENUBUHAN PUSAT LESTARI ALAM SEKITAR

Pusat Lestari Alam Sekitar (PLAS) SMK kuhara dibina pada oktober 2011 dan dirasmikan oleh Puan Pengetua sendiri pada 19 Januari 2012.

Penubuhan PLAS ini amatbertepatan bagi menampung program kesedaran alam sekitar yang semakin pro aktif . PLAS merupakan one stop center untuk semua aktiviti alam sekitar disekolah.

PLAS turut menempatkan pejabat PASS, papan maklumat alam sekitar, pusat pengumpulan kitar semula dan pusat aktiviti alam sekitar.

Penubuhan PLAS ini diharap dapat membantu dalam mengembangkan pendidikan alam sekitar di kalangan pelajar SMK Kuhara.







PENUBUHAN BADAN PENGAWAS ALAM SEKITAR SEKOLAH (PASS)

Badan Pengawas Alam Sekitar Sekolah atau nama ringkasnya PASS telah ditubuhkan pada tahun 2009. 

Objektif penubuhan badan khas ini adalah bertujuan memastikan penglibatan aktif pelajar  dalam  aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar. 

Badan ini sangat pro aktif dalam membantu pihak sekolah menjalankan setiap aktiviti yang dirangka berkaitan alam sekitar. 

Dengan tema hijau  menyerlahkan keyakinan setiap PASS dalam menjalankan tugas dengan penuh komitmen. 

Sesungguhnya PASS telah banyak membantu pihak sekolah dalam menjadikan SMK Kuhara sebagai Sekolah Rakan Alam Sekitar.








PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan program berterusan yang mampu mendidik pelajar mengenai kebersihan dan keindahan.

Bermula 2010, elemen inovasi alam sekitar telah diletakkan sebagai  elemen pemarkahan 10% sebagai galakan pelajar untuk membuat inovasi alam sekitar dan hasilnya  berjaya.

 Kelas yang memenangi setiap minggu akan diberikan piala pusngan dan wang tunai sebanyak RM 15. Kelas yang telah memenangi tiga minggu berturut-turut akan memiliki piala pusingan dan direhatkan bertanding seminggu.

 Manakala kelas yang mendapat gred D akan dikenakan denda khidmat masyarakat.








PERTANDINGAN KECERIAAN TAMAN ANGKAT

Pertandingan Keceriaan Taman Angkat telah bermula pada September 2011 sehingga Feb 2012. Masa sebanyak 7 bulan diberikan bagi memastikan taman yang telah di jaga berda di tahap yang terbaik.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada guru dan pelajar.

Sebanyak 15 buah taman mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan keputusannya adalah seperti berikut : Johan—Taman Hijau, Naib Johan—Taman Bitara Putra, Ketiga—Taman Anggerik.

Penyampaian hadiah diberikan ketikan penutupan Minggu SERASI 2012.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes