Badan Pengawas Alam Sekitar Sekolah atau nama ringkasnya PASS telah ditubuhkan pada tahun 2009.
Objektif penubuhan badan khas ini adalah bertujuan memastikan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar.
Badan ini sangat pro aktif dalam membantu pihak sekolah menjalankan setiap aktiviti yang dirangka berkaitan alam sekitar.
Dengan tema hijau menyerlahkan keyakinan setiap PASS dalam menjalankan tugas dengan penuh komitmen.
Sesungguhnya PASS telah banyak membantu pihak sekolah dalam menjadikan SMK Kuhara sebagai Sekolah Rakan Alam Sekitar.