Projek Taman Bunga Gantung Terpanjang di Malaysia sedang dilakukan pada tahun ini, sasaran untuk masuk dalam Book Of Records mesti boleh!!!!SMK Kuhara Boleh!!!Bersama-samalah kita menyokong usaha murni ini.....

Friday 27 January 2012

PERASMIAN MINGGU SERASI SMK KUHARA 2012 - ALAM HARMONI

Perasmian Minggu Serasi SMK Kuhara 2012 ini telah diadakan pada 16 Jan 2012 ( Isnin) di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara. Puan Pengetua (Pn Fitriani bt Wahid) yang telah merasmikan majlis ini. Tema Minggu Serasi SMK Kuhara 2012 ialah Alam Harmoni.

Sepanjang perasmian ini banyak tentatif program yang dilakukan antaranya ialah ucapan alu-aluan daripada penyelaras program iaitu Encik Amsah bin Arase, ucapan perasmian oleh Pn Fitriani bt Wahid (Pengetua SMK Kuhara), Gimik pelancaran hari tanpa plastik, Persembahan pelajar, Tayangan video kesedaran, Perkongsian ilmu dan persembahan PASS.



Antara objektif Minggu Serasi 2012 ialah :

·         Memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar
·         Melancarkan gerak kerja SERASI untuk tahun 2012
·         Menggalakan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kesedaran alam sekitar
·   Mewujudkan budaya bersih, kemas dan ceria dalam kalangan pelajar melalui pelancaran kempen sampah sifar dan hari tanpa plastik.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai program yang akan diadakan sepanjang Minggu Serasi 2012 ini untuk para pelajara dan juga guru. Sila rujuk jadual program Minggu Serasi 2012 untuk melihat dengan lebih jelas program yang diadakan sepanjang minggu .



Antara gambar-gambar kenangan semasa perasmian tersebut :

























PROGRAM MINGGU SERASI SMK KUHARA 2012

HARI
AKTIVITI
TEMPAT
TINDAKAN
ISNIN
Pelancaran Minggu SERASI 2012
-          Ucapan Alu-aluan
-          Ucapan Perasmian
-          Gimik pelancaran hari tanpa plastik
-          Persembahan pelajar
-          Tayangan video kesedaran
-          Perkongsian ilmu
-          Penyampaian hadiah
-          Persembahan PASS
Dewan
 Al-Farabi
Semua PASS
SELASA
Kuiz Alam Sekitar Tingkatan 3
Tayangan Happy Feet 1
Inovasi Alam Sekitar , Kuiz Terbuka
Bilik Tayangan, PLAS
Farhain, Akbar, NurAin, Azzan
RABU
Kuiz Alam Sekitar Tingkatan 4
Karom, Tayangan Video Happy Feet 2
Inovasi Alam Sekitar, Kuiz Terbuka
Bilik Tayangan, PLAS
Alif , Mohd Ridzuan, Rashadee, Farhaian
KHAMIS
Kuiz Alam Sekitar T5 dan T6
Mewarna, Tayangan Video
Inovasi Alam Sekitar, Kuiz Terbuka
Bilik Tayangan,
PLAS
Fatimah , Masni
Shanti, Niawati
JUMAAT
Eksplorasi Hijau , Kuiz Terbuka
Sekolah,
PLAS
Zulkifli Nazrin
Andi Taraiyadi

Penyampaian hadiah selepas cuti tahun baru cina
Dewan Al-Farabi
Semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes