Projek Taman Bunga Gantung Terpanjang di Malaysia sedang dilakukan pada tahun ini, sasaran untuk masuk dalam Book Of Records mesti boleh!!!!SMK Kuhara Boleh!!!Bersama-samalah kita menyokong usaha murni ini.....

Wednesday 2 July 2014

SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR


Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana 
ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah. Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:
  Pengurusan
  Kurikulum
  Kokurikulum
  Penghijauan

OBJEKTIF SEKOLAH LESTARI  – ANUGERAH ALAM SEKITAR
 Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar dibentuk bagi mencapai objektif berikut:
 a. memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
 b. meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam      sekitar
 c. menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
 d. meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar 
 e. mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.



#sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes