Projek Taman Bunga Gantung Terpanjang di Malaysia sedang dilakukan pada tahun ini, sasaran untuk masuk dalam Book Of Records mesti boleh!!!!SMK Kuhara Boleh!!!Bersama-samalah kita menyokong usaha murni ini.....

Tuesday, 8 May 2012

PENGURUSAN SAMPAH

Pengurusan sampah di SMK Kuhara berjalan dengan baik. Sekolah mempunyai beberapa kaedah dalam melaksanakan pengurusan sampah disekolah.


Notis amaran mengenai sisa sampah yang basah perlu dibuang terus diluar kawasan sekolah.


1. Tempat pembuangan sampah utama yang menerima sampah-sampah kering sahaja.


2. Tempat pembuangan sampah utama dipagar agar tidak diselongkar oleh haiwan.



Selain itu kaunter kitar semula ada diletakkan di Pusat Lestari Alam Sekitar dan juga kawasan kemahiran hidup.


Bakul pengasingan sampah khas untuk tin aluminium dan botol plastik juga diletakkan di kawasan kantin-kantin.


Besen piring juga diletakkan di kawasan kantin supaya pelajar dapat mengasingkan terus sampah daripada lebihan makanan ke dalam tong sampah.


Tong-tong sampah juga diletakkan di beberapa kawasan strategik bagi memastikan pelajar tidak membuang sampah di merata tempat











TAPAK SEMAIAN

Tapak semaian yang dibina bertujuan untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains pertanian.

Selain itu, sebuah pondok baja kompos dibina bertujuan untuk melakukan aktiviti baja kompos bagi kegunaan tumbuhan di sekitar kawasan sekolah.

Tapak semaian ini diselia oleh guru sains pertanian dan pelajar akan menanam pelabagi jenis tanaman di tapak semaian ini mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan.







KOLAM P&P SAINS PERTANIAN

Kolam P&P Sains Pertanian dibina pada tahun 2010 bertujuan untuk pengajaran mata pelajaran sains pertanian yang mempunyai sukatan mengenai ternakan ikan.

Melalui kolam khas ini pelajar dapat belajar secara dekat mengenai kaedah menternak ikan air tawar secar jelas.

Selain itu, kolam ini juga digunakan untuk menerangkan pelajar mengenai kepentingan menjaga ekosistem agar bekalan makanan manusia tidak terganggu.








TAMAN GANTUNG KUHARA









TAMAN BITARA PUTRI

Taman Bitara Putri terletak di dalam kawasan asrama Puteri, maka dikendalikan terus oleh Pelajar Asrama Puteri di bawah pemantauan warden aspuri.

Keceriaan taman ini menggambarkan suasana yang kondusif asrama puteri.

Kawasan taman ini sentiasa diurus dengan baik dan mempunyai jadual tugasan mengikut tingkatan bagi memelihara keceriaan taman ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes