Projek Taman Bunga Gantung Terpanjang di Malaysia sedang dilakukan pada tahun ini, sasaran untuk masuk dalam Book Of Records mesti boleh!!!!SMK Kuhara Boleh!!!Bersama-samalah kita menyokong usaha murni ini.....

Tuesday, 8 May 2012

TAPAK SEMAIAN

Tapak semaian yang dibina bertujuan untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains pertanian.

Selain itu, sebuah pondok baja kompos dibina bertujuan untuk melakukan aktiviti baja kompos bagi kegunaan tumbuhan di sekitar kawasan sekolah.

Tapak semaian ini diselia oleh guru sains pertanian dan pelajar akan menanam pelabagi jenis tanaman di tapak semaian ini mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan.







KOLAM P&P SAINS PERTANIAN

Kolam P&P Sains Pertanian dibina pada tahun 2010 bertujuan untuk pengajaran mata pelajaran sains pertanian yang mempunyai sukatan mengenai ternakan ikan.

Melalui kolam khas ini pelajar dapat belajar secara dekat mengenai kaedah menternak ikan air tawar secar jelas.

Selain itu, kolam ini juga digunakan untuk menerangkan pelajar mengenai kepentingan menjaga ekosistem agar bekalan makanan manusia tidak terganggu.








TAMAN GANTUNG KUHARA









TAMAN BITARA PUTRI

Taman Bitara Putri terletak di dalam kawasan asrama Puteri, maka dikendalikan terus oleh Pelajar Asrama Puteri di bawah pemantauan warden aspuri.

Keceriaan taman ini menggambarkan suasana yang kondusif asrama puteri.

Kawasan taman ini sentiasa diurus dengan baik dan mempunyai jadual tugasan mengikut tingkatan bagi memelihara keceriaan taman ini.






TAMAN BITARA PUTRA

Taman Bitara Putra dimajukan bermula tahun 2010. Daripada kawasan yang tandus, kini Asrama Putera telah ceria dengan kehijauan yang mendamaikan.

Taman ini diselenggarakan terus oleh Pengawas Asrama Putera dibantu dengan pelajar asrama dibawah pemantauan warden asrama.

Taman ini telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan keceriaan taman 2011/2012.

Taman ini telah member lanskap baru kepada suasana asrama ynag lebih kondusif.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes