Projek Taman Bunga Gantung Terpanjang di Malaysia sedang dilakukan pada tahun ini, sasaran untuk masuk dalam Book Of Records mesti boleh!!!!SMK Kuhara Boleh!!!Bersama-samalah kita menyokong usaha murni ini.....

Tuesday, 16 August 2011

Program Penjimatan Kertas


PROGRAM PENJIMATAN KERTAS











Tuesday, 9 August 2011

TAMAN NILAM PURI

Taman ini mula dibangunkan semula pada tahun 2010. Taman ini pada asalnya merupakan taman sains kerana berhampiran dengan makmal-makmal sains. 

Bermula 2011 taman ini diberi nama baru Taman Nilam Puri kerana berhampiran taman ini terdapat sebuah perpustakaan mini untuk pelajar membaca nilam.

Taman ini dibawah jagaan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Sains.

Keindahan taman ini merupakan daya penarik utama pelajar untuk datang berehat .







TAMAN CENDAWAN

Taman Cendawan diambil sempena binaan pondok rehat yang berbentuk cendawan. Taman ini agak lapang kerana sering dijadikan tempat berkumpul untuk aktiviti kokurikulum.

Selain itu, sebuah padang sukan bocce (sukan pendidikan khas didirikan disini atas sumbangan orang persendirian)

Taman ini dbawah jagaan Panitia Sejarah dan Unit beruniform Kadet Remaja Sekolah.








TAMAN HERBA

Taman Herba mula dibangunkan oleh Panitia Kemahiran  Hidup bermula 2009. Taman ini berkonsepkan tanaman herba. Pelbagai jenis tanaman herba ditanam dan sering digunakan oleh guru-guru.

Taman ini dibawah kendalian guru-guru kemahiran hidup kerana berhampiran dengan blok kemahiran hidup.

Taman ini juga merupakan kawasan angkat Persatuan Pelajar Islam (PERPIS).








TAMAN ANGGERIK

Taman Anggerik ini bersempena konsep taman yang mengutamakan tumbuhan orkid pelbagai jenis. Orkid-orkid ini adalah sumbangan daripada pelajar dan guru serta pihak swasta.

Keunikan taman ini adalah laluan himpunan pelbagai jenis orkid dan bunga kemboja yang telah besar.

Taman ini mendapat tempat ketiga pertandingan Taman 2011/2012 dan dibawah kendalian bidang bahasa dan pengawas sekolah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes